LABUAN: Kejayaan Labuan memerangi pandemik COVID-19 sebahagian besarnya disumbangkan oleh lima faktor utama iaitu keberkesanan program vaksinasi, program kawalan kesihatan awam, program intervensi berdasarkan penilaian risiko, selain kerjasama erat orang ramai dan kawalan sempadan yang ketat.
Wilayah Persekutuan itu merekodkan tiada kes baharu COVID-19 semalam, bagi pertama kali sejak ia mencatatkan peningkatan mendadak kes positif dengan penularan varian Delta dari April hingga Julai lepas.
"Penurunan ketara bagi jumlah kes positif dan kematian sejak bulan lalu menunjukkan program vaksinasi telah berkesan dalam meratakan lekuk penularan COVID-19.
"Jumlah kes harian COVID-19 terus menurun ke paras rata sejak beberapa bulan terakhir apabila pulau ini memperluaskan kelayakan vaksin kepada semua orang dewasa, " kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Asmuni Bohari dalam wawancara khas dengan wakil media.
Beliau berkata jumlah kematian akibat COVID-19 juga menurun sejak minggu kedua Julai, selepas program vaksinasi dijalankan dengan berkesan.
Beliau mendedahkan bahawa Labuan paling teruk dilanda gelombang kedua COVID-19 pada penghujung tahun lalu (dari Oktober 2020 hingga Jun 2021) dan mencatatkan 1,598 kes dalam masa dua bulan (ketika tempoh itu) dengan kematian berlaku setiap hari (termasuk kematian di luar hospital).
"Labuan dilanda lonjakan mendadak dalam kes positif pada 24 April tahun ini apabila kita terpaksa berdepan serangan tidak dijangka varian Delta yang berpunca daripada pekerja asing di sektor berkaitan minyak dan gas," katanya.
Susulan serangan varian Delta, beliau berkata jumlah kes aktif menyaksikan peningkatan luar biasa sebanyak 63 kali ganda (pada minggu pertama bulan Jun) dengan jumlah kes harian melebihi 200.
"Ada satu ketika kita merekodkan kes positif sehingga 1,344 kes dalam seminggu. Bagaimanapun, proses vaksinasi berjalan lancar meskipun terdapat peningkat jumlah kes dan munculnya varian Delta.
"Bayangkan, Hospital Labuan hanya mempunyai 122 katil tetapi peningkatan mendadak kes positif sampai ke peringkat kita terpaksa mengubah wad biasa kepada wad COVID-19, membuka lebih banyak pusat kuarantin dan akhirnya mendirikan hospital medan COVID-19," katanya.
Dr Ismuni berkata situasi tersebut berjaya ditangani, kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan (pada Jun) dan program vaksinasi yang berkesan.
"Ketika ini, kita hanya ada dua kes di unit rawatan rapi (ICU) di hospital, tidak seperti sebelum ini apabila kita terpaksa meminta bantuan oksigen dari tanah besar Sabah berikutan lonjakan bagi kes kategori tiga dan empat daripada lima kategori penyakit itu.
"Pembukaan lebih banyak pusat vaksinasi, iaitu daripada dua kepada sembilan, serta prosedur vaksinasi melalui jumpa terus (walk-in) dan pandu lalu (drive-through) membantu melancarkan dan mempercepatkan program... dan membolehkan masyarakat kembali ke kehidupan yang hampir normal, " katanya.
Dr Ismuni berkata Labuan mencapai imuniti kelompok pada 27 Julai lepas yang membawa Wilayah Persekutuan itu beralih ke Fasa Tiga daripada Empat Fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), adalah hasil kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan (termasuk bantuan penyediaan aset dan logistik) serta masyarakat.
"Kerjasama daripada ketua kampung dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dalam menyelaraskan kehadiran beribu penduduk dari 27 kampung dan masyarakat di penempatan pelarian untuk ke pusat vaksinasi juga sangat membantu," katanya.
Dr Ismuni berkata kawalan sempadan yang ketat (di sepanjang pantai) oleh agensi penguatkuasaan juga membantu mengekang penyebaran jangkitan COVID-19 dalam komuniti setempat.
"Kita sangat berhati-hati menangani kemasukan pekerja asing (dari sektor perkapalan dan minyak dan gas) ke pulau ini, dengan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) perjalanan antara negeri yang ketat.
"Kita tidak harus membenarkan peningkatan kes yang akan menyebabkan kemunculan kluster baharu. Kita mesti kekalkan momentum (kawalan jangkitan COVID-19) ini. Kita tidak harus membiarkan Labuan kembali ke waktu sukar," katanya.
Sehingga Sabtu, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Labuan merekodkan 101.39 peratus daripada 69,455 penduduk dewasanya telah menerima dos pertama vaksin dengan turut mengambil kira pendatang tanpa izin di pulau itu.
Sejumlah 63,440 (92.61 peratus) daripada 68,500 penduduk yang layak untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah lengkap dos kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 15 2021
Penurunan ketara bagi jumlah kes positif dan kematian sejak bulan lalu menunjukkan program vaksinasi telah berkesan. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.