awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima hospital di Sabah terima kelengkapan perubatan daripada UNICEF Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2022
06:07 MYT
Lima hospital di Sabah terima kelengkapan perubatan daripada UNICEF Malaysia
UNICEF Malaysia menyerahkan kelengkapan perubatan kepada wad Obstetrik dan Ginekologi di lima buah hospital di Sabah baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Lima buah hospital di Sabah menerima kelengkapan perubatan bernilai lebih RM620,000 daripada UNICEF Malaysia awal minggu ini.
Kelengkapan perubatan itu disalurkan ke bahagian Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.
Menurut Wakil UNICEF Malaysia dan Wakil Khas UNICEF ke Brunei Darussalam, Dr Rashed Mustafa Sarwar, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, pihaknya bekerja serta terlibat secara langsung dalam usaha mengurangkan impak virus kepada kanak-kanak termasuk memperkukuhkan fasiliti kesihatan di seluruh negara.
"Kita berharap kelengkapan perubatan ini dapat menterjemah usaha Kementerian Kesihatan dalam usaha memberi penjagaan kesihatan yang mencukupi kepada kanak-kanak dan para ibu di Malaysia.
"Bersama dengan kerajaan, UNICEF mengambil perhatian semua kanak-kanak di Malaysia tanpa mengira pelbagai kaum dan warganegara termasuk kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pemberian kelengkapan perubatan itu mendapat kerjasama dengan Bahagian Pembangunan Perubatan KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Selain itu, UNICEF juga menyerahkan kelengkapan perubatan kepada wad Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Ampang dan Hospital Serdang dengan jumlah RM377,624.
Pada Julai tahun lalu, UNICEF Malaysia melancarkan rayuan khas COVID-19 sebagai maklum balas kepada keperluan segera beberapa hospital di Malaysia.
UNICEF Malaysia pada waktu itu memberikan 400 alat bantuan oksigen bernilai RM1.2 juta di beberapa hospital di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#Hospital Sabah
#obstetrik dan ginekologi
#UNICEF Malaysia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan