awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan

Bernama
Bernama
05/11/2023
22:15 MYT
Lima individu disyaki curi kabel TM ditahan
Ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine. - Gambar hiasan
MELAKA: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita selepas disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dianggarkan bernilai RM8,500 di Sungai Rambai, Jasin, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua suspek berusia antara 19 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar daerah Jasin serta Muar dan Tangkak, Johor
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Menurutnya tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis dibuat seorang Juruteknik TM pada 1.45 pagi tadi setelah menerima maklumat daripada Sistem Alarm Fiber berkaitan kerosakan kabel di Sungai Rambai, Jasin.
"Pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat kabel lebih kurang 250 meter telah dipotong," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zainol berkata turut dirampas dua kenderaan, lapan gelung kabel telekomunikasi dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memotong kabel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Curi Kabel
#TM
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan