KUANTAN: Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan dengan nilai kerugian keseluruhan lebih RM617,000.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Yoosuf berkata, kesemua individu tersebut masing-masing menjadi mangsa penipuan tawaran komisen lumayan melalui pembelian mata wang bitcoin, skim pelaburan saham, Macau Scam, Parcel Scam dan skim pelaburan dinar emas dalam tempoh Ogos sehingga Disember lalu.
Menurutnya, dalam kejadian akhir Disember lalu, salah seorang mangsa yang juga guru berusia 37 tahun telah diperdaya dengan tawaran kerja sambilan sebagai penulis ulasan tempat menarik yang diterima melalui aplikasi WhatsApp dengan tawaran RM8 bagi setiap ulasan.
"Mangsa yang telah menyelesaikan lima tugasan itu kemudian diberikan tugasan baharu membeli mata wang bitcoin daripada suspek dengan tawaran komisen lumayan.
"Mangsa telah terpedaya sehingga membuat 13 transaksi pembayaran ke 13 akaun bank berasingan sebelum menyedari ditipu sehingga kerugian RM139,364," katanya sambil memberitahu mangsa membuat laporan pada Selasa.
Ramli berkata, dalam kes kedua, seorang peniaga haiwan peliharaan rugi RM154,367 selepas tertarik dengan keuntungan sehingga 28.4 peratus melalui skim pelaburan saham yang diperkenalkan kenalan Facebook awal Disember tahun lalu.
Katanya, mangsa telah membuat 15 transaksi bayaran kepada akaun bank berasingan seperti diarahkan, namun menyedari ditipu selepas gagal menerima keuntungan seperti dijanjikan, malah wang pelaburan turut lesap.
Sementara itu, pihaknya memberitahu turut menerima laporan polis daripada seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu khidmat pelanggan pada Selasa selepas menjadi mangsa penipuan kiriman barangan melibatkan kerugian RM135,520, manakala seorang pemandu lori berusia 58 tahun pula kerugian RM127,800 apabila diperdaya individu menyamar pegawai polis, pertengahan Disember lalu.
Ramli berkata, mangsa menerima panggilan daripada suspek sebelum dimaklumkan semua akaun banknya akan dibekukan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.
"Bagi membantu menyelesaikan kesnya itu, suspek mengarahkan mangsa mengisi maklumat melalui pautan yang dihantar bersama bayaran RM127,800 yang dibuat melalui lima transaksi," jelasnya lagi.
Dalam kes pada Ogos lalu katanya, seorang kontraktor turut mengalami kerugian RM60,000 selepas menjadi mangsa skim pelaburan dinar emas diasaskan dua lelaki yang dikatakan beroperasi dari Papua, Indonesia yang turut menjanjikan keuntungan lumayan.
Ramli berkata, mangsa telah membuat empat transaksi bayaran, namun gagal menerima sebarang bayaran keuntungan seperti dijanjikan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 05 2023

Kesemua individu tersebut masing-masing menjadi mangsa penipuan tempoh Ogos sehingga Disember lalu.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Duit pencen arwah suami RM233,480 lesap angkara Macau Scam
Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan.

Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket Macau Scam
Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town.

Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000 diperdaya 'Puan Rohani'
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Pensyarah wanita IPTA diperdaya 'Inspektor Ku', lesap RM1.3 juta
Seorang pensyarah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi mangsa penipuan apabila diperdaya sindiket Macau scam sehingga kerugian RM1.3 juta.

Lima individu ditipu libat kerugian lebih RM600,000
Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Wanita berusia 36 tahun diminta buat pinjaman peribadi oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang.