awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu termasuk jurutera PBT direman bantu siasatan rasuah RM200,000

Bernama
Bernama
23/07/2025
08:13 MYT
Lima individu termasuk jurutera PBT direman bantu siasatan rasuah RM200,000
SPRM menahan semua suspek ketika hadir memberi keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Lima individu termasuk jurutera dan penolong jurutera pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 yang diterima daripada beberapa kontraktor sejak 2022.

Ringkasan AI
  • Jurutera dan penolong jurutera antara lima individu yang direman selama tujuh hari atas dakwaan menerima rasuah kira-kira RM200,000 daripada kontraktor antara 2022 hingga 2025.
  • Wang dikatakan diterima melalui akaun bank peribadi sebagai balasan bantuan mendapatkan sebut harga dan tender projek di kawasan PBT terbabit.
  • SPRM menahan semua suspek ketika hadir memberi keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah reman hingga 29 Julai itu dikeluarkan Majistret Yong Ching Hong selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sandakan pagi tadi.
Menurut sumber, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga lingkungan 50-an itu dipercayai menerima wang suapan secara pindahan ke akaun bank peribadi masing-masing daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di kawasan PBT berkenaan.
"Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu mendapatkan sebut harga dan tender melibatkan kerja-kerja di PBT berkenaan dari tempoh 2022 hingga 2025," menurut sumber.
Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberikan keterangan pada 7 malam semalam.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#jurutera PBT
#direman
#Rasuah
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan