awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima juta rakyat Malaysia perokok berusia 18 tahun ke atas - KKM

Bernama
Bernama
30/05/2016
00:00 MYT
Lima juta rakyat Malaysia perokok berusia 18 tahun ke atas  - KKM
Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa lima juta rakyat di negara adalah perokok berusia 18 tahun ke atas.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata golongan itu menyumbang kepada kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun.
"Antara komplikasi utama ialah kanser, penyakit kronik paru-paru dan penyakit kardiovaskular," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit, di sini pada Ahad.
Sementara itu, Lokman Hakim berkata pelbagai pelan strategik dilaksanakan bagi mencapai sasaran 390,000 perokok membuang tabiat itu dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan sasaran negara untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Malaysia sebanyak 30 peratus menjelang 2025.
"Program mQuit diperkenalkan untuk memberi ruang kepada perokok mendapatkan tiga peringkat sokongan iaitu nasihat profesional penjagaan kesihatan, bahan bantuan berhenti merokok dan kesungguhan perokok itu sendiri," katanya.
Program mQuit melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd.
Program itu dilaksanakan di semua klinik kesihatan di seluruh negara, farmasi terpilih dan secara online.
Sebanyak 140 perkhidmatan kesihatan swasta turut memohon diberikan akreditasi mQuit bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mQuit, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.JomQuit.com.my.
Topic Berkaitan
#berhenti merokok
#Dr Lokman Hakim Sulaiman
#Kementerian Kesihatan
#Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan