JOHOR BAHRU: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.
Berikutan itu, sejumlah 538 orang daripada 158 keluarga di lima kampung terlibat kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dinaiki air.
Kampung berkenaan ialah Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya memaklumkan PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara masing-masing dibuka pada 8 pagi dan 10 pagi.
Menurut kenyataan itu, setakat 12 tengah hari ini sebanyak 311 mangsa daripada 78 keluarga dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara.
PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatkan 227 mangsa daripada 80 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.
Sementara itu, JPBN memaklumkan Sungai Skudai di Kampung Laut dan Parit Keliling di Kampung Pasir, di sini berada pada paras waspada masing-masing dengan bacaan 2.55 meter (m) dan 0.29m.
Sungai Siku di Kampung Murni Jaya dekat Kulai, pula mencatat paras bahaya dengan bacaan 17.88m dan Sungai Muar di Kampung Awat pula pada tahap waspada iaitu 8.03m.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Sejumlah 538 orang daripada 158 keluarga di lima kampung terlibat kini ditempatkan di dua PPS apabila rumah mereka dinaiki air. - Gambar fail

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran
Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya dan amaran sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

KKR harap ada pelarasan SOP untuk baiki jalan negeri, bandaran yang rosak dengan pantas
KKR mengharapkan adanya satu pelarasan SOP untuk membaiki jalan negeri dan perbandaran terutamanya apabila mengalami kerosakan teruk agar dapat dilaksanakan dengan pantas.

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 6 petang
Ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Nanta arah pihak bertanggungjawab bantu mangsa banjir di Kapit
Ahli Parlimen Kapit itu menasihatkan penduduk agar sentiasa patuh arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac - MetMalaysia
Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 25 Mac ini dan berterusan hingga Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

Johor, Sabah dilanda banjir, 14 PPS dibuka
Terdapat 893 mangsa daripada 257 keluarga yang terjejas dan telah dipindahkan ke PPS.

Hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Labuan, timur Semenanjung hingga 23 Mac
Sarawak, Sabah, Labuan dan timur Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan hingga 23 Mac ini.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.

Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka susulan hujan lebat
Tindakan ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan hujan lebat yang melanda Sepanyol baru-baru ini.