awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
17/09/2021
03:50 MYT
Lima kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Lima kawasan di wilayah Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama dua hari bermula 28 September ini.
KUALA LUMPUR: Lima kawasan di Wilayah Hulu Langat, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama dua hari bermula 28 September ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantuan injap di tiga lokasi iaitu Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines.
"Kerja-kerja ini bagi memastikan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
"Gangguan bekalan air berjadual akan bermula jam 9:00 malam, 28 September 2021 dan bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6.00 pagi, 30 September 2021.
"Antara kawasan terjejas termasuk Balakong, Green Park Resident, Bandar Sungai Long (SL 6, 9, 10, 11), Taman Bukit Palma, Bandar Makhota Cheras (Jalan Putera, Jalan Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Mahkota)," katanya pada Jumaat.
Justeru itu, Air Selangor menasihatkan pengguna agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan ditutup dengan selamat.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Topic Berkaitan
#Wilayah Hulu Langat
#gangguan bekalan air berjadual
#Air Selangor
#kerja-kerja penggantuan injap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan