MALAYSIA

Lima kawasan di Sabah antara yang dikenakan PKPD - Ismail Sabri

Hilmi Malik 08/06/2021 | 10:43 MYT
Tindakan mengenakan PKPD bagi memudahkan pihak KKM untuk melakukan saringan dan mengawal pergerakan mereka yang berisiko dijangkiti, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Bernama
KUALA LUMPUR : Kerajaan telah bersetuju menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Kampung Kebayau, Kota Belud Sabah bermula 10 Jun sehingga 23 Jun.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 11 kes positif dikesan melibatkan kawasan berkenaan selepas 16 individu menjalani ujian saringan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kebayau, Kota Belud, Sabah berkuat kuasa 10 Jun sehingga 23 Jun 2021,” katanya pada kenyataan media hariannya pada Selasa.

Tindakan itu katanya bagi memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti untuk terus kekal berada di dalam kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan beberapa lagi lokaliti yang turut dikenakan PKPD dan berikut merupakan butiran kawasan terlibat:

PKPD Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, Sabah
- 10 Jun hingga 23 Jun

PKPD Taman Wawasan, Beaufort, Sabah
- 10 Jun hingga 23 Jun

PKPD Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur
- 10 Jun hingga 23 Jun

PKPD 3 lokaliti di Sentosa, Sandakan, Sabah
- Kampung Sungai Obar, Batu 7
- Taman Indah Jaya
-Flat Indah Jaya
- 10 Jun hingga 23 Jun

PKPD Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah
- 10 hingga 23 Jun

Sementara itu, beberapa kawasan yang dikenakan PKPD sebelum ini telah ditamatkan menurut Ismail Sabri dan berikut merupakan perincian setiap kawasan.

PKPD 3 lokaliti di Tanjung Manis, Mukah, Sarawak
-Tamat pada 9 jun seperti yang dijadualkan.

PKPD 2 lokaliti dalam daerah Tawau, Sabah
-Tamat pada 8 Jun lebih awal berbanding ditetapkan sebelum ini

PKPD Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
-Tamat pada 9 jun lebih awal berbanding ditetapkan sebelum ini.
#PKPD #ismail sabri yaakob #COVID-19 #KKM #pandemik #Tawau #Sandakan #kes positif #ujian saringan #PKP #perintah kawalan pergerakan #Kota Kinabalu #Beaufort