Skip to main content

Malaysia

Lima kawasan kekal catat IPU tidak sihat di Sarawak

KUCHING, 8 Ogos -- Pemandangan di sekitar bandar raya Kuching terjejas akibat situasi berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 153 pada 6 petang ketika tinjauan fotoBERNAMA, hari ini.  Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), Samarahan (155), Serian (171), Sri Aman (124), Mukah (115) dan Bintulu (153).  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Lima kawasan di Sarawak dilaporkan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding enam kawasan petang semalam. - Gambar Bernama
Advertisement

KUCHING: Lima kawasan di Sarawak dilaporkan masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8 pagi ini, berbanding enam kawasan petang semalam.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), diikuti Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156) dan Samalaju (151).

Semalam, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap daripada titik panas di wilayah jiran ke negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kawasan dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement