awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
USAID hentikan program bantuan luar berkuat kuasa 1 Julai - Rubio
DUNIA
Mesir, Qatar bincang usaha bersama hidupkan semula rundingan gencatan senjata Gaza
DUNIA
Kemboja catat kes ke-11 selsema burung H5N1 pada manusia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lima kereta yang diletakkan di hadapan rumah musnah terbakar

Bernama
Bernama
01/07/2025
13:15 MYT
Lima kereta yang diletakkan di hadapan rumah musnah terbakar
Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, pagi tadi. - Foto JBPM
SHAH ALAM: Lima kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah musnah dalam kebakaran di Taman Tropicana Aman, Telok Panglima Garang, dekat sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pada 6.44 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi.
"Sejurus tiba, kita dapati berlaku kebakaran melibatkan lima kereta pelbagai jenis di hadapan rumah teres dua tingkat Kelas A berkeluasan 2,400 kaki persegi.
"Semua kenderaan terbabit terbakar 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan bahagian hadapan dua rumah teres anggaran lima hingga 10 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata proses memadam kebakaran melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta
#terbakar
#Taman Tropicana Aman
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami