Lima kes tertinggi libatkan rakyat Malaysia di penjara luar negara

Firdaus Azil
Disember 9, 2020 03:03 MYT
Kes dadah mendahului senarai dengan lebih separuh daripada keseluruhan 2,742 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan itu.
KUALA LUMPUR: Seramai 2,742 rakyat Malaysia kini sedang berada dalam tahanan di luar negara, dengan separuh daripadanya melibatkan kes dadah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Berikut merupakan lima kes tertinggi melibatkan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.
1. Kes Dadah: 1,434 orang
2. Penipuan: 406 orang
3. Kad Kredit Palsu: 132 orang
4. Kesalahan Kastam: 89 orang
5. Kesalahan Imigresen: 66 orang
Berikut pula merupakan lima negara tertinggi yang mempunyai bilangan tahanan rakyat Malaysia
1. Singapura: 614 orang
2. China: 403 orang
3. Thailand: 360 orang
4. Indonesia: 331 orang
5. Korea Selatan: 295 orang
#listicle #Dewan Rakyat #Tahanan #rakyat Malaysia #luar negara #Malaysia #Kementerian Luar