MALAYSIA
Lima lagi mangsa bot karam di Belawai ditemukan meninggal dunia
Kesemua mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam dan pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini. - Foto JBPM Sarawak
MUKAH: Lima lagi mangsa bot karam di perairan Pantai Belawai, dekat Kampung Belawai yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemukan meninggal dunia pagi tadi, menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 10 orang.
Ringkasan AI
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kesemua mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam dan pasukan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini.
Katanya, orang awam menjumpai tiga mayat di kawasan Muara Belawai, dikenali sebagai Asbar pada 6.50 pagi, Resky Adrian (7.55 pagi), dan Muhammad (8.10 pagi) manakala mayat Rabanai Rabai ditemukan di kawasan Simpang Sungai Pinang, Belawai pada 7.50 pagi.
"Satu lagi mayat dikenali sebagai Ardy ditemukan oleh pasukan Sarawak Coast Guard Tanjung Manis di Muara Sungai Selumit pada 8.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan penemuan lima mangsa terakhir itu, operasi SAR yang diketuai JBPM Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) serta bantuan komuniti tempatan, ditamatkan.
Dalam kejadian kira-kira 2.11 petang Sabtu lepas, sebuah bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang warga Indonesia dari Jeti Nelayan Kampung Belawai ke Jeti Ladang Kelapa Zon Pelita dilaporkan karam.
Dalam kejadian itu, tujuh mangsa berjaya diselamatkan terdiri daripada empat lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki manakala empat disahkan maut melibatkan dua wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Semalam, seorang lagi mangsa bot karam itu, kanak-kanak lelaki, dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian pada 6 petang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lima lagi mayat lelaki dewasa ditemukan pagi ini di sekitar Muara Belawai, Simpang Sungai Pinang dan Muara Sungai Selumit, menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 10 orang.
- Bot gentian kaca yang membawa 17 penumpang dari Kampung Belawai ke Ladang Kelapa Zon Pelita karam pada 5 Julai; tujuh mangsa berjaya diselamatkan, termasuk seorang kanak-kanak lelaki.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama tiga hari yang diketuai JBPM Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti tempatan ditamatkan selepas semua mangsa ditemukan.