awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki Myanmar ditahan, buru haiwan liar untuk makan, simpan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
04:07 MYT
Lima lelaki Myanmar ditahan, buru haiwan liar untuk makan, simpan
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan kira-kira jam 4.30 petang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang.- Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LIPIS: Kegiatan sekumpulan warga asing memburu binatang liar dilindungi dipercayai untuk dijadikan juadah makanan selain menyimpan anggota badan haiwan terbabit terbongkar menerusi serbuan di rumah pekerja di kebun durian di sini, Sabtu lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dijalankan kira-kira jam 4.30 petang dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang.
Menurutnya, lima lelaki warga Myanmar telah diberkas dengan rampasan bahagian hidupan liar disyaki bulu dari spesies burung merah mata, burung but-but kecil dan burung cenuk birah.
Antara anggota badan hidupan liar dan jerat yang dirampas menerusi OBK di sebuah rumah pekerja asing di Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian
Antara anggota badan hidupan liar dan jerat yang dirampas menerusi OBK di sebuah rumah pekerja asing di Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian
"Perhilitan turut merampas disyaki kaki burung kuang raya selain jerat tali dan wayar kabel," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM3,000.
Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis untuk tindakan lanjut bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
"Suspek disyaki telah memburu hidupan liar dan makan hidupan itu, manakala hasil seperti kaki, kuku dan bulu untuk disimpan," katanya.
Tegas Abdul Kadir, masyarakat diminta melporkan sebarang jenayah hidupan liar ke Talian Hotline Jabatan Perhilitan di 1-800-88-5151 atau e-Aduan di laman web rasmi Jabatan Perhilitan www.wildlife.gov.my.
"Bersama kita melindungi hidupan liar demi kepentingan generasi akan datang," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#buru haiwan
#juadah makanan
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan