awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
17/11/2021
00:19 MYT
Lima menara baharu dibina di Sabah, wujudkan rangkaian liputan lebih pantas
Annuar berkata menerusi pelan sama, 150 menara lagi akan dibina dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah lima menara baharu yang mewujudkan rangkaian liputan lebih pantas dan berkualiti untuk 14 kampung di pedalaman Sabah dibina menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, menerusi pelan sama, 150 menara lagi akan dibina dalam masa terdekat.
Dalam muat naik di laman Twitternya, Annuar juga memaklumkan, sebanyak 226 stesen pemancar sedia ada sudah dinaik taraf kepada teknologi 4G.
Manakala sebanyak 399 lagi stesen pemancar sedang giat dinaik taraf secara berperingkat di kawasan-kawasan pedalaman Sabah.
Usaha ini katanya dijangka siap pada Mac 2022.
Kita teruskan usaha meluaskan rangkaian jalur lebar mudah alih 4G di kawasan pedalaman. Di bawah JENDELA, 5 menara baru yang mewujudkan rangkaian liputan yg lebih pantas & berkualiti untuk 14 kampung di pedalaman Sabah. 150 menara lagi akan dibina menerusi JENDELA. (1/3) pic.twitter.com/MmlctS4Gf4
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) November 16, 2021
Setakat Septmber 2021, bahagian pedalaman Sabah telah menyaksikan sejumlah 6,586 premis telah disediakan akses kepada perkhidmatan gentian optik.
Turut dilaksanakan ialah perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) di 46 buah lokasi di bahagian pedalaman.
Kesemua inisiaitf melalui JENDELA ini jelasnya adalah komitmen berterusan pihaknya untuk meluaskan rangkaian jalur lebar mudah alih 4G di kawasan pedalaman.
Topic Berkaitan
#4G
#Sabah
#Internet
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan