GADGETS
Lima negara EU mulakan ujian pengesahan umur pengguna internet
Langkah ini menyusul tindakan Australia, Indonesia dan Perancis yang telah mula menghalang akses media sosial kepada pengguna bawah umur atas faktor keselamatan dan kesihatan mental. -Amanz
AUSTRALIA memulakan langkah pertama menghalang individu bawah umur daripada mengakses laman media sosial diikuti pula oleh Indonesia dan beberapa bulan lalu Perancis.
Ringkasan AI
Kini lima negara Kesatuan Eropah (EU) memulakan ujian aplikasi yang mengesahkan umur pengguna sebelum mereka boleh mengakses kandungan tertentu menurut Suruhanjaya Eropah (EC).
Denmark, Greece, Itali, Perancis, dan Sepanyol menjadi lima negara pertama EU menguji pelan tindakan untuk aplikasi pengesahan umur untuk melindungi kanak-kanak dalam talian.
Langkah diambil selepas muncul gesaan kandungan internet perlu dipantau bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mental pengguna bawah umur dilindungi.
Aplikasi pengesahan umur mengikut spesifikasi teknikal yang sama seperti Dompet Identiti Digital Eropah yang akan dilancarkan tahun depan.
Perancis ialah negara yang paling kuat menyokong halangan akses kandungan tertentu dalam kalangan pengguna bawah umur berikutan insiden remaja 14 tahun menikam mati seorang kakitangan sekolah ketika proses pemeriksaan beg sebelum memasuki pekarangan sekolah.
Australia melakukannya kerana menyedari platform media sosial seakan tidak serius memastikan keselamatan pengguna yang terdedah kepada trend berbahaya dan menjadi habuan pemangsa seksual.
Di Malaysia, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah menyatakan perlunya penelitian mendalam mengenai kesan psikologi dan perbezaan akses maklumat di antara kanak-kanak dan remaja.
Pada ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang akses media sosial ke atas pengguna bawah umur. -Amanz
Ringkasan AI
- Lima negara EU -- Denmark, Greece, Itali, Perancis, dan Sepanyol -- mula menguji aplikasi pengesahan umur untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan dalam talian yang tidak sesuai.
- Langkah ini menyusul tindakan Australia, Indonesia dan Perancis yang telah mula menghalang akses media sosial kepada pengguna bawah umur atas faktor keselamatan dan kesihatan mental.
- Malaysia belum bercadang untuk menghalang akses media sosial kepada golongan bawah umur, namun menyatakan keperluan penelitian terhadap kesan psikologi dan perbezaan akses maklumat.
Kini lima negara Kesatuan Eropah (EU) memulakan ujian aplikasi yang mengesahkan umur pengguna sebelum mereka boleh mengakses kandungan tertentu menurut Suruhanjaya Eropah (EC).
Denmark, Greece, Itali, Perancis, dan Sepanyol menjadi lima negara pertama EU menguji pelan tindakan untuk aplikasi pengesahan umur untuk melindungi kanak-kanak dalam talian.
Langkah diambil selepas muncul gesaan kandungan internet perlu dipantau bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mental pengguna bawah umur dilindungi.
Aplikasi pengesahan umur mengikut spesifikasi teknikal yang sama seperti Dompet Identiti Digital Eropah yang akan dilancarkan tahun depan.
Perancis ialah negara yang paling kuat menyokong halangan akses kandungan tertentu dalam kalangan pengguna bawah umur berikutan insiden remaja 14 tahun menikam mati seorang kakitangan sekolah ketika proses pemeriksaan beg sebelum memasuki pekarangan sekolah.
Australia melakukannya kerana menyedari platform media sosial seakan tidak serius memastikan keselamatan pengguna yang terdedah kepada trend berbahaya dan menjadi habuan pemangsa seksual.
Di Malaysia, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah menyatakan perlunya penelitian mendalam mengenai kesan psikologi dan perbezaan akses maklumat di antara kanak-kanak dan remaja.
Pada ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang akses media sosial ke atas pengguna bawah umur. -Amanz

#Lima negara EU
#Kesatuan Eropah
#Denmark Greece Itali Perancis dan Sepanyol
#pengesahan umur
#lindungi kanak-kanak