awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya

Bernama
Bernama
17/11/2022
15:22 MYT
Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
JPS dalam kenyataan malam ini memaklumkan di Selangor melibatkan stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.
JPS dalam kenyataan malam ini memaklumkan di Selangor melibatkan stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat.
Di Sarawak pula ialah stesen Long Teru dan Marudi di Miri manakala di Pahang melibatkan stesen Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera.
Stesen Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat di Johor; Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah dan Sungai Melaka di Batu Hampar Melaka Tengah di Melaka turut mencatatkan paras air pada tahap bahaya.
Sementara itu, di Negeri Sembilan empat stesennya berstatus amaran melibatkan stesen Sungai Linggi di Pekan Linggi, Port Dickson; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol; Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#paras air
#bahaya
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan