GEORGE TOWN: Lima kru warga Indonesia ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada jam 4.10 petang, Isnin selepas didapati menangkap ikan dalam perairan negara.
Pengarahnya, Kepten Abd Razak Mohamed berkata, mereka ditahan pada kedudukan 29 batu nautika barat daya Pulau Kendi di sini ketika pihaknya menjalankan Op Tanjung.
Menurutnya, ia adalah tangkapan kedua membabitkan bot nelayan asing dari Indonesia pada bulan ini di perairan Pulau Pinang yang mana, tangkapan pertama pada 14 September lalu iaitu di 51 batu nautika barat daya Pulau Kendi.
Bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara ketika rondaan dijalankan. Ketika pemeriksaan dilakukan, bot yang berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara itu dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun.
"Tiga daripada mereka didapati masih di bawah umur. Mereka juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Tambah beliau, kesemua tangkapan ditahan dan akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
"Kes juga akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran 2010 (ATIPSOM) kerana memperdagangkan kanak-kanak.
"Bot bersama kru termasuk tekong dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban bagi diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 27 2022

Lima nelayan Indonesia ditahan ketika sedang menangkap ikan di perairan negara. - Foto Sinar Harian

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan Al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan, dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Politik | Jangan susahkan rakyat ketika ada kuasa - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin supaya jangan menyusahkan rakyat ketika mereka ada kuasa. Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa untuk membantu rakyat yang terdiri pelbagai kaum.

Belanjawan 2023: Pemilikan rumah mampu milik antara hasrat golongan belia - Ahmad Maslan
Pemilikan rumah mampu milik merupakan antara intipati atau hasrat yang diutarakan oleh golongan belia dalam sesi dialog Belanjawan 2023 yang diadakan pada minggu lepas.

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

APMM akan panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06
APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.

APMM Terengganu tahan tujuh nelayan Vietnam
Bot tersebut ditahan kira-kira 9 pagi di sekitar 135 batu nautika di timur laut Kuala Terengganu.

Maritim, TLDM kerah aset cari kru kapal jatuh laut
Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata, kapal yang berasal dari Taiwan berkenaan dalam perjalanan menuju Pelabuhan Mauritius, Afrika.

Dua kapal pindah minyak bernilai RM34.5 juta secara haram ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan dua kapal tangki dipercayai memindahkan minyak bahan api marin (MFO) bernilai RM24.5 juta secara haram, di timur Tanjung Sedili Besar,.

Jepun sumbang empat LRAD bagi jamin keselamatan di perairan Malaysia
Jepun menyumbang empat peranti akustik jarak jauh (LRAD) kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjamin keselamatan perairan Malaysia.

APMM tahan dua bot nelayan gaji tiga nelayan bawah umur
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua bot nelayan tempatan yang menggajikan empat warga asing tanpa izin dan tiga remaja tempatan bawah umur.

APMM Pulau Pinang lupus enam bot nelayan dan peralatan tangkap ikan bernilai RM192,000
Melibatkan lima buah bot nelayan Indonesia, sebuah bot fiber nelayan tempatan, 492 set bubu naga serta dua unit pukat lohong.

Lima warga Myanmar kendali bot nelayan tempatan ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan lima kru warga Myanmar yang tiada sebarang dokumen perjalanan diri

APMM Terengganu tahan dua bot nelayan Vietnam
Bot dinaiki 19 kru termasuk tekong itu ditahan kira-kira 10.15 malam pada jarak 135 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Kebanjiran nelayan Rohingya di Pulau Pinang undang masalah
Persatuan telah menulis surat sebanyak dua kali kepada pihak berkuasa mengenai kebanjiran nelayan asing yang menggugat pendapatan nelayan di Pulau Pinang.