awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pekerja ladang warga India edar dadah dihukum gantung

Bernama
Bernama
15/03/2023
11:27 MYT
Lima pekerja ladang warga India edar dadah dihukum gantung
Lima pekerja ladang warga India dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine dan ketamin di Port Dickson, lima tahun lalu.
SEREMBAN: Lima pekerja ladang warga India dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine dan ketamin di Port Dickson, dekat sini, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan menjatuhkan hukuman itu terhadap Radhakrishan Syam, Fazil Farook, Sainabdeen Siyad, Abdul Kalam Sajeev, Salim Sabeer yang berusia antara 30 tahun hingga 44 tahun, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama dan ketiga, mereka didakwa secara bersama mengedar 1.51 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dan 2.78kg ketamine di sebuah rumah di Kawasan Takau Mukim Linggi, Port Dickson, pada kira-kira jam 6.30 petang, 3 Ogos 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Atas pertuduhan kedua, mereka masing-masing turut dikenakan hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah memiliki bahan racun Pseudoephedrine seberat 996.2 gram pada tarikh, masa dan tempat sama, mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.
Seramai 18 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes yang bermula pada 13 Okt 2020.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ala'uddin Baharom dan Husni Fairos Ramly.
Sementara itu, peguam Datuk Hariharan Tara Singh, mewakli kesemua tertuduh, berkata beliau akan memfailkan rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja ladang warga India
#hukuman gantung
#Mahkamah Tinggi
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan