MALAYSIA
Lima peluru ‘tembusi’ lelaki ditemukan maut di Taman Mesra Indah Klang
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar (tengah) ketika sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
?SHAH ALAM: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditemukan mati dalam sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Mesra Indah, Klang, Sabtu lalu, dipercayai ditembak dengan lima das tembakan pada jarak dekat.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau menambah, polis kini menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan penglibatan mangsa dalam aktiviti kongsi gelap atau gangsterisme.
"Hasil bedah siasat juga mengesahkan punca kematian akibat kecederaan di dada disebabkan kesan tembakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu Shazeli memberitahu, setakat ini polis masih belum mengenal pasti suspek dan siasatan sedang dijalankan.
Sebelum ini, beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki terkulai tidak sedarkan diri dalam kenderaan pacuan empat roda, dipercayai maut selepas ditembak, tular di media sosial.
Sementara itu ketika diminta mengulas sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, bulan lalu, Shazeli menegaskan kedua-dua kes tersebut tidak berkaitan.
Ringkasan AI
- Individu yang mati dalam tembakan di Taman Mesra Indah, Klang mempunyai tiga rekod jenayah dadah, termasuk kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Ketua Polis Selangor menyatakan kematian mangsa 26 tahun itu disebabkan oleh lima das tembakan secara jarak dekat ke dada.
- Polis mengesahkan tiada kaitan antara kes tembak di Taman Mesra Indah dengan kes serupa di Bukit Tinggi sebelum ini; siasatan masih berterusan.