Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 16 April

Astro Awani
April 16, 2021 10:30 MYT
Ismail Sabri menjelaskan enam orang PATI turut diusir melalui dua aktiviti pengusiran. - Gambar fail
TASK Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,733 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan seramai 3,594 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,575 anggota telah membuat pemantauan di 4,181 pasar raya, restoran (5,130), kilang (2,355), bank (4,089), pejabat kerajaan (1,283) dan penjaja (3,967).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 April 2021:
1. PKPD di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah.
2. PKPD di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.
3. PKPD di Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang.
4. 82 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, kesemuanya dikenakan kompaun.
5. Op Benteng tangkap tiga PATI dan rampas empat buah kenderaan darat.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan diperketat #PKPD #perintah kawalan pergerakan #PKP