KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  di tiga lokaliti di Pahang, Perak dan Sabah.

Pelaksanaan itu dilakukan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta dan jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Berikut lima perkara yang dinyatakan Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad dalam kenyataan media, hari ini.

1. PKPD di Perak membabitkan Kampung Ulu Groh, Kampar.

2. PKPD  di Pahang melibatkan Ladang Insanjaya dan Ladang Darabit di mukim Bebar, Pekan.

3. Satu lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah di Sabah iaitu di Taman Semarak Megah.

4. Tiga lokaliti ditamatkan PKPD di Pahang adalah Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok.

5. Lima lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Tuhau, Matunggong, Taman Ketiau, Taman Teluk Villa, Plantanium Apartment dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Seriga turut ditamatkan PKPD.