awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima perompak kedai emas ditembak mati, seorang ditangkap

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/11/2018
11:41 MYT
Lima perompak kedai emas ditembak mati, seorang ditangkap
Anggota polis berkawal di lokasi kejadian di Kuchai Lama, ibu negara hari ini.- Sumber: Media Sosial
Polis berjaya mengagalkan niat sekumpulan lelaki yang mahu menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya besar di Kuchai Lama, ibu negara apabila lima daripada penjenayah itu mati ditembak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian pada 4.40 petang tadi, empat penjenayah mati ditembak di tempat kejadian.
“Seorang ditembak di dalam kenderaan ketika cuba melarikan diri setelah dikejar polis sejauh 1 kilometer dari tempat kejadian, manakala seorang lagi berjaya ditangkap.
“Seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan pada kaki namun dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di PPUM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadzil turut menyatakan sebanyak dua pucuk pistol dan beberapa bilah parang dirampas dan sejumlah besar barang kemas juga berjaya dirampas.
"Kita telah dapat merampas dua buah kereta iaitu sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta MyVi yang mana dipercayai digunakan oleh suspek penjenayah berkenaan.
“Siasatan di tempat kejadian masih sedang dilakukan,” katanya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#penjenayah
#polis
#samun
#tembak mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan