Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, September lepas.
Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 19, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, Muhammad Saiful Fauzi, 18, Muhammad Azlan Md Lazan, 19, serta juvana berumur 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dituduh merogol remaja perempuan berumur 14 tahun di tandas awam taman rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas, di sini, kira-kira pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi, 30 September lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim dan tiada jaminan ditawarkan terhadap kesemua mereka.
Mohamad Haldar menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.
Bernama
Mon Dec 07 2015
Kesemua suspek dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Penganggur, penuntut kolej ditahan rogol gadis bawah umur hingga hamil
Penuntut berusia 18 tahun dan seorang penganggur berusia 20 tahun tersebut ditahan di dua lokasi berasingan pada Ahad dan Isnin lalu.
Lima sahabat mengaku tidak bersalah rogol, lakukan amang seksual terhadap gadis bawah umur
Lima sahabat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang gadis berusia 15 tahun.
Rakam aksi cabul gadis bawah umur, pemilik laman web lucah berbayar dicekup polis
Portal berita Bangkok Post melaporkan, sewaktu mencabul budak perempuan itu, suspek telah merakam aksi tersebut secara tersembunyi.
Suspek kes pemerdagangan manusia gantung diri dalam penjara
Epstein, 66, dipercayai menggantung diri sebelum mayatnya ditemukan pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Shahidan Kassim perlu hadir ke mahkamah Isnin ini
Keputusan itu bermakna waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas menteri itu hari ini tidak ditarik balik.
Gadis 14 tahun lima kali diperkosa rakan WhatsApp yang baru 5 bulan berkenalan
Sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Samariang, dekat sini.
Lima remaja lelaki tidak mengaku bersalah rogol gadis 14 tahun
Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan merogol gadis bawah umur, September lepas.
3 sahabat mengaku tidak bersalah rogol gadis
Mereka yang semuanya beralamat di Kampung Baroh dekat sini dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan.