Lima sebab anda perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian RT-PCR - Khairy

Umavathi Ramayah
Mac 14, 2022 08:42 MYT
Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ini lima sebab mengapa kita perlu kurangkan kebergantungan terhadap ujian Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) terutama dalam gelombang Omicron.
Perkara itu dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu perkongsian di Twitternya pada Isnin.
1. PCR lebih mahal berbanding Kit ujian pantas (RTK) Antigen yang lebih murah dan mudah didapati.
2. Keputusan PCR mengambil masa yang lama, antara 24 jam hingga 48 jam. Keputusan ujian RTK boleh diperolehi dalam tempoh 15 minit.
3. Pakar kesihatan berpendapat RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi.
4. Ada sesetengah Ujian PCR akan terus menunjukkan positif meskipun pesakit sudah pulih kerana mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi.
5. Ujian RTK lebih efektif ketika negara mendepani gelombang Omicron bagi mengesan kes positif dengan lebih pantas.

Ujian RTK membolehkan kita mengesan kes positif yang infective dengan lebih pantas & mengasingkan diri terutama dalam gelombang Omicron di mana varian ini cepat merebak. RT-PCR boleh digunakan dalam situasi tertentu seperti untuk ke luar negara atau untuk pulang ke Malaysia. pic.twitter.com/6KpLjs3dxW

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#rT-PCR #RTK #Khairy Jamaluddin #Kementerian Kesihatan