MALAYSIA
Lima sebab anda tidak perlu membuat pembelian panik

Orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik. -Gambar Fail
Orang ramai dinasihatkan supaya tenang dan berhenti melakukan pembelian panik berikutan kebimbangan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia, yang sehinggga Ahad mencecah 428 kes.
Meski pun wabak terbabit diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), namun para saintis berjaya mengenal pasti virus berkenaan dalam tempoh dua minggu pertama penularannya dan beberapa hari kemudian ujian untuk mengesan virus itu sudah tersedia.
Senario ini memberi keyakinan kepada dunia bahawa para saintis barangkali mampu mencari formula vaksin kepada virus itu, berbanding virus-virus lain yang sebelum ini terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk dikenal pasti.
Selain itu, penularan wabak tersebut di Malaysia masih di peringkat awal dan terkawal.
Pembelian berlebihan ini bukan sahaja menyebabkan orang lain tidak berpeluang mendapatkan barangan keperluan mereka sebaliknya juga menyusahkan para pembekal.
1. Stok barangan kawalan, makanan dan barangan asas mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.
2.Jika berlaku ‘Lockdown’ ataupun sekatan keluar masuk, anda masih boleh keluar untuk membeli barangan ‘keperluan’ sahaja.
3. Stok akan cukup untuk semua jika kita bekerjasama dan menyimpan stok akan merugikan pihak lain.
4. Membeli berlebihan boleh merugikan kerana barangan ada tempoh hayat.
5. Pembelian panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran.
Perdana Menteri telah mengumumkan Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 21 Mac di seluruh negara.
Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi beberapa perkara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami