awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
12/01/2025
07:35 MYT
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Jenazah semua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad pada 1.10 tengah hari. - Gambar/ Sinar Harian
PEKAN: Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Nenasi Pantai, tengah hari tadi.
Jenazah Hamzah Zahari, 53, bersama isterinya, Rahimah Awang Muda, 38, dan anak mereka, Ainul Mardhiyah Hamzah, 10, Muhammad Luqman Nur Hakim, 8, dan Muhammad Lutfi, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad pada 1.10 tengah hari.
Semua jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Pekan selepas selesai bedah siasat dan dibawa ke Masjid Nenasi di sini untuk solat jenazah pada 10 pagi yang disertai lebih 500 jemaah.
Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, kereta Proton Wira dinaiki lima sekeluarga itu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dinaiki anggota Balai Bomba Indera Mahkota, Kuantan, Wahaid Zakaria, 51, dan isterinya Salasiah Abdul Latif, 43, guru Sekolah Kebangsaan Sungai Karang, Kuantan.
Lima sekeluarga itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Wahaid yang juga pemandu MPV dan Salasiah mengalami kecederaan serta kini dirawat di Hospital Rompin.
Kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maaut
#keluarga maut
#Rompin
#Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan