awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah

Bernama
Bernama
23/01/2024
14:05 MYT
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Wang Chei Wei, 41, dan ibunya, Ah Yee Hwa, 62, rakan mereka Chan Siew Han, 60, serta pasangan suami isteri iaitu Tay Khai Seng, 34, dan Yup Zu Jin, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa mengedar 16.4 kg dadah jenis Metilendioksimetamfetamina (MDMA) dan 7.7 kg Kanabis di sebuah rumah di Taman Larkin Idaman pada kira-kira 5.30 pagi 10 Jan lepas mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan.
Di mahkamah sama, Wang mengaku bersalah atas tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis Metamfetamina seberat 1.77 gram, Nimetazepam (0.59 gram) dan Kanabis (4.93 gram).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi dan tarikh sama mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hidayatul Syuhada menetapkan 23 April sebagai sebutan semula bagi kesemua kes untuk mendapatkan laporan kimia.
Peguam Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah mewakili pasangan Tay dan Yup manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#edar dadah
#dua beranak
#Wang Chei Wei
#Ah Yee Hwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan