Lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini

Madiha Abdullah
April 17, 2021 12:12 MYT
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), kata Datuk Seri Ismail Sabri. - Gambar fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang.
Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini:
1. PKPD dilaksanakan di di Kampung Tengah, Betong dan Taman Mesra Bako, Kuching, Sekolah Menengah Agama, Kota Kinabalu, Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley di Tawau, Kampung Bikang, Kampung Kadumu dan Taman Khazanah Indah di Lahad Datu dan Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan.
2. Kesemua PKPD ini akan bermula 18 April sehingga 1 Mei.
3. Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).
4. Sementara itu, PKP di daerah Keningau, PKPD di Kampung Pagalungan Ansip, Keningau dan PKPD Kampung Kalindukan, Nabawan ditamatkan.
6. Turut ditamatkan ialah PKPD di lima kawasan perumahan dan perkampungan di Pekan, Pahang, iaitu Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Kampung Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKPD #PKP #Lahad Datu #Keningau #Pahang #Kota Kinabalu #kerajaan