Lima tumpuan kenyataan media PKP, PKPP

Kerajaan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba membolosi semnpadan negara.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba membolosi negara ini secara haram. - Gambar fail/BERNAMA | Astro Awani
Ketegasan kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 berada pada tahap yang tinggi selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk meneruskan kawalan di sempadan negara.

Usaha tersebut bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang cuba membolosi negara ini secara haram.

Berikut tumpuan kenyataan media Ismail Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP):


1. Seramai 127 individu ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa. Daripada jumlah tersebut, lapan individu direman, manakala 119 individu dikenakan kompaun.

2. Task Force Operasi Pematuhan melakukan 64,656 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

3. Seorang individu ditahan atas kesalahan imigresen. Sebanyak 63 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dilakukan, 31,707 kenderaan diperiksa bagi mengekang kemasukan PATI.

4. PDRM mengambil tindakan terhadap lima individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi stnadard (SOP) kuarantin wajib di rumah.

5. Sejak 24 Julai sehingga 4 Ogos 2020, seramai 5,355 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Kesemua ditempatkan di 21 Hotel dan lima
Institut Latihan Awam (ILA).