[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri, 22 Disember 2020

Astro Awani 22/12/2020 | 10:31 MYT
ISMAIL: Seramai 483 individu tiba dari luar negara dan telah dikuarantin wajib - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub memaklumkan, penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 14 tapak binaan di seluruh Malaysia pada Isnin (21 Disember) dan kesemua tapak binaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan lima tumpuan sidang media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada 22 Disember:
1) Seramai 122 individu ditahan dan dikompaun atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Op Benteng menahan 63 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 4 kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.
3) Sebanyak 112 sekatan jalan raya telah dilaksanakan
4) Sebanyak 29 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 8 buah negeri dan 3 Wilayah Persekutuan
5) Seramai 483 individu tiba dari luar negara dan telah dikuarantin wajib
#ismail sabri yaakob #Menteri Pertahanan #PKP #PKPB #PKPD #PKPP #COVID-19