Skip to main content

Malaysia

Lima warga China ditahan disyaki terlibat pecah rumah di ibu negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, malam ini.  Fadil berkata perhimpuan kedua yang diadakan pada sesi malam itu mencerminkan operasi pasukan Kuala Lumpur yang berjalan 24/7 selain menekankan bahawa aktiviti penguatkuasaan, siasatan dan operasi juga aktif pada waktu malam.  Seramai 1,100 pegawai dan anggota menyertai perhimpunan tersebut selain meraikan samb
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 38 hingga 58 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Desa Petaling pada 4 Ogos. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki warga China disyaki terlibat dalam beberapa kejadian pecah rumah di ibu negara dalam dua serbuan di Sri Petaling dan Pudu di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berusia 38 hingga 58 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Desa Petaling pada 4 Ogos dengan kerugian kira-kira RM6,000 melibatkan wang tunai, barang kemas dan beg silang jenama mewah.

“Serbuan pada 9.30 malam turut merampas sebuah kenderaan berserta pelbagai peralatan digunakan dalam jenayah itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata polis turut menemukan barangan milik mangsa serta pelbagai barangan mewah lain termasuk jam tangan, dompet dan wang tunai pelbagai mata wang berjumlah lebih RM10,000.

Beliau berkata suspek juga dipercayai terlibat dalam dua lagi kes pecah rumah di sekitar Cheras.

Semua suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement