awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan

Bernama
Bernama
15/01/2023
10:13 MYT
Lima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan
Maritim Malaysia Negeri Selangor menahan lima lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas C tanpa kebenaran di sekitar perairan Sungai Besar, dekat sini pada 12.50 tengah hari semalam. - Foto Facebook/APMM
SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan lima lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas C tanpa kebenaran di sekitar perairan Sungai Besar, dekat sini pada 12.50 tengah hari semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata kesemua warga asing itu ditahan ketika bot ronda Maritim Selangor membuat pemeriksaan ke atas bot nelayan pada kedudukan 5.2 batu nautika di perairan Sungai Besar menerusi Op Ehsan.
Siva Kumar berkata hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru warga asing berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun.
Katanya hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan pemilik bot itu didapati menggaji warga Indonesia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta menemukan 200 kilogram ikan campur dan peralatan menangkap ikan di atas bot.
"Kesemua warga asing tersebut bekerja dengan pemilik bot antara empat bulan hingga dua tahun dan dibayar gaji secara tunai mengikut hari keluar ke laut iaitu RM100 bagi tekong bot manakala RM50 bagi kru bot," katanya dalam kenyataan hari ini.
Siva Kumar berkata kesemua warga asing itu dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#warga Indonesia
#bot nelayan
#Sungai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan