MALAYSIA
Lima warga Iran berhadapan pelbagai pertuduhan termasuk mencuri, miliki dadah
Tiga lelaki dan dua wanita warga Iran didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Tiga lelaki dan dua wanita warga Iran didakwa di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini atas pelbagai pertuduhan termasuk mencuri, memiliki dadah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Tarfi Ghader, 33, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mencuri wang tunai RM400 milik seorang pelancong asing di sebuah kedai serbaneka pada 9.40 malam, 1 Ogos dan US$260 milik seorang lagi pelancong asing di Gurney Drive pada 7.45 malam, 30 Julai.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Danial Amir Saad mengemukakan kedua-dua pertuduhan itu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tarfi bersama empat rakan senegaranya Fazeli Payam, 33, Dinarvand Siavash, 28, Zahra Hasani, 30, dan Sara Ghiyas, 19, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 5 gram dadah jenis kanabis, di sebuah apartment di Batu Ferringhi pada 12.30 pagi, 3 Ogos.
Pertuduhan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Tarfi, Fazeli dan Zahra turut mengaku tidak bersalah atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini tanpa sebab munasabah, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Parsi di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi, yang kemudiannya tidak membenarkan mereka diikat jamin serta menetapkan 9 Okt untuk sebutan semula kes.
Di mahkamah berasingan, Dinarvand mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Amzar Ismail atas pertuduhan mencuri wang tunai berjumlah RM1,000 milik seorang pelancong asing di sebuah pusat beli-belah pada 9.20 malam, 30 Julai lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Tarfi dan Fazeli juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Muhammad Amzar tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 1 Okt untuk sebutan semula kes.
Di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin pula, Dinarvand dan Sara mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tinggal lebih masa di negara ini tanpa sebab munasabah, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen dan mereka juga tidak dibenarkan diikat jamin.
Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lau Shavin manakala peguam R.Thandayuthabany Pillay mewakili semua tertuduh.
-- BERNAMA