awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIMA'23: Kapal tentera laut Indonesia tiba di Malaysia

Bernama
Bernama
23/05/2023
05:13 MYT
LIMA'23: Kapal tentera laut Indonesia tiba di Malaysia
Kapal KRI Kerambit-627, KRI Halasan-630 dan KRI Golok-688 tiba pada Isnin dari Belawan, Tanjung Uban dan Jakarta, selepas belayar sejauh 1,066 batu nautika. -Twitter Bernama
LANGKAWI: Tiga kapal tentera laut Indonesia tiba di Porto Malai, Langkawi, untuk menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
Kapal KRI Kerambit-627, KRI Halasan-630 dan KRI Golok-688 tiba pada Isnin dari Belawan, Tanjung Uban dan Jakarta, selepas belayar sejauh 1,066 batu nautika.
Menurut kenyataan Fleet Command I, menerusi penyertaan di LIMA'23 membolehkan Tentera Laut Indonesia dan negara tuan rumah Malaysia untuk bekerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dua hala selain menjalin hubungan pelbagai hala dengan negara peserta yang lain.
Pada acara itu, delegasi Indonesia akan menjalankan aktiviti seperti demonstrasi pencarian dan penyitaan atas pesawat (VBSS) oleh pasukan Kopaska (Komando Pasukan Katak).
Lain-lain aktiviti termasuk demonstrasi laut dan farewell passes dengan semua peserta dari negara lain.
Festival kebudayaan juga akan diadakan dengan menampilkan tarian tradisional, manakala festival kulinari akan menampilkan pelbagai makanan tradisional.
LIMA'23, acara terbesar pernah diadakan setakat ini yang melibatkan 1,200 syarikat dari dalam dan luar negara, bertemakan "Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia".
Acara edisi ke-16 itu bermula hari ini dan berakhir pada 27 Mei, dengan pameran berkaitan aeroangkasa diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) manakala segmen maritim bertempat di Resorts World Langkawi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LIMA'23
#Tentera Laut Indonesia
#kapal perang
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan