NATIONAL
LIMA'25: KDN tandatangani empat kontrak, serah LOI, LOA bernilai RM1.469 bilion
KDN memaklumkan majlis tersebut merupakan simbolik usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan negara terpelihara daripada segala ancaman dengan mengutamakan perolehan aset-aset strategik. - Foto FB Kementerian Dalam Negeri
LANGKAWI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menandatangani empat kontrak dengan syarikat tempatan dan luar negara, dengan nilai keseluruhan RM1.469 bilion pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25), di sini hari ini.
Ringkasan AI
KDN dalam kenyataan memaklumkan majlis menandatangani dokumen itu, melibatkan empat dokumen kontrak serta penyerahan surat setuju terima (LOA) dan surat niat (LOI) bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan bawah KDN.
"Sejumlah empat kontrak bernilai RM1.187 bilion ditandatangani dan masing-masing satu LOI (RM298.5 juta) dan LOA (RM87.099 juta), telah diserahkan melibatkan agensi bawah KDN iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia," menurut kenyataan itu.
Kontrak KDN tersebut ditandatangani Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman bersama-sama dengan wakil syarikat tempatan dan luar negara, bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), di sini hari ini.
Majlis disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.
KDN dalam kenyataan itu turut memaklumkan, majlis tersebut juga merupakan simbolik usaha kerajaan untuk memastikan keselamatan negara terpelihara daripada segala ancaman, dengan mengutamakan perolehan aset-aset strategik, di samping mendukung tema LIMA'25 iaitu "Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan".
"KDN berharap semoga dengan usaha ini, KDN akan kekal komited memastikan keselamatan negara terpelihara," menurut kenyataan itu.
Sementara itu KDN dalam kenyataan yang sama memaklumkan bahawa antara kontrak berimpak tinggi yang ditandatangani termasuklah perolehan sebuah kapal misi pelbagai guna (MPMS) dan perolehan menyempurnakan baki kerja kapal peronda luar pesisir (OPV) 2 dan OPV 3 untuk Maritim Malaysia.
"Kontrak lain yang turut ditandatangani adalah antara Maritim Malaysia dengan syarikat tempatan, Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd bagi perolehan untuk empat buah helikopter medium lift Maritim Malaysia bernilai RM529.662 juta," menurut kenyataan itu.
KDN memaklumkan pihaknya juga sentiasa komited untuk meletakkan aspek keselamatan nasional serta keperluan jabatan dan agensi bawah kementerian sebagai agenda utama, khususnya dalam perancangan perolehan bagi memastikan aset-aset keselamatan negara serta pengoperasian jabatan dan agensi bawahnya sentiasa berada dalam mod kesiapsiagaan yang tinggi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perolehan aset keselamatan negara: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menandatangani empat kontrak bernilai RM1.469 bilion semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
- Projek berimpak tinggi: Antara projek utama yang ditandatangani termasuk perolehan kapal misi pelbagai guna (MPMS), penyempurnaan baki kerja kapal peronda luar pesisir (OPV) 2 dan OPV 3 untuk Maritim Malaysia.
- Komitmen terhadap keselamatan negara: KDN menegaskan bahawa perolehan aset strategik ini adalah langkah penting dalam memastikan keselamatan negara terpelihara daripada ancaman.