NATIONAL
LIMA'25: PM Defence, DASAL meterai perjanjian pindah teknologi dron
PMD berkata, melalui kerjasama tersebut, Malaysia berpeluang untuk membangunkan dron buatan tempatan berasaskan platform teknologi yang telah terbukti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. -Foto PM Defence Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Satu perjanjian pemindahan teknologi dimeterai di antara syarikat DASAL Havacilik Teknolojileri A.S. dari Turki dan PM Defence Sdn Bhd (PMD) dari Malaysia hari ini, sekali gus menyaksikan satu lagi detik bersejarah dalam landskap pertahanan negara.
Ringkasan AI
Perjanjian tersebut merupakan lanjutan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani di Ankara, Turki pada 10 Jun 2024, yang turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut PMD dalam kenyataan, perjanjian yang dimeterai hari ini di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia membangunkan industri dron tempatan.
“Ia secara langsung meningkatkan keupayaan pertahanan negara khususnya dalam aspek pembangunan dan penggunaan sistem persenjataan berasaskan teknologi dron.
“Kerjasama strategik ini terbina atas hubungan kukuh di antara Malaysia dan Turki yang diperkukuhkan melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan,” katanya pada Khamis.
DASAL merupakan sebuah syarikat pertahanan yang pakar dalam pembangunan sistem dron pelbagai guna yang telah terbukti keberkesanannya di medan perang.
PMD menambah, melalui kerjasama tersebut Malaysia berpeluang untuk membangunkan dron buatan tempatan berasaskan platform teknologi yang telah terbukti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Selain itu, PMD turut mengukuhkan keupayaan pengawasan negara dengan menandatangani perjanjian strategik bersama HawkEye 360, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang terkemuka dalam sistem pemantauan berasaskan satelit.
Katanya, melalui kelulusan khas oleh Kerajaan AS, Malaysia kini diberi akses kepada teknologi itu yang sebelum ini hanya terhad kepada negara-negara sekutu.
“HawkEye 360 kini mengoperasikan sebanyak 36 satelit di orbit, menjadikannya antara sistem pemantauan ruang udara dan sempadan paling maju di dunia,” jelas PMD.
Dalam masa sama, PMD berkata pihaknya komited untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi pertahanan di Malaysia melalui kerjasama antarabangsa yang strategik, demi memperkukuh kedaulatan dan keselamatan negara.
Ringkasan AI
- Malaysia dan syarikat Turki, DASAL Havacilik Teknolojileri A.S., memeterai perjanjian pemindahan teknologi bagi membangunkan industri dron tempatan, lanjutan daripada MoU yang ditandatangani pada Jun 2024.
- Kerjasama ini dijangka meningkatkan keupayaan pertahanan negara dalam pembangunan sistem persenjataan berasaskan dron, hasil hubungan strategik antara Malaysia dan Turki.
- PM Defence Sdn Bhd turut menandatangani perjanjian dengan HawkEye 360 dari AS untuk akses kepada sistem pemantauan satelit canggih, memperkukuh keupayaan pengawasan ruang udara dan sempadan negara.
Perjanjian tersebut merupakan lanjutan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani di Ankara, Turki pada 10 Jun 2024, yang turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut PMD dalam kenyataan, perjanjian yang dimeterai hari ini di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Malaysia membangunkan industri dron tempatan.
“Ia secara langsung meningkatkan keupayaan pertahanan negara khususnya dalam aspek pembangunan dan penggunaan sistem persenjataan berasaskan teknologi dron.
“Kerjasama strategik ini terbina atas hubungan kukuh di antara Malaysia dan Turki yang diperkukuhkan melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan,” katanya pada Khamis.
DASAL merupakan sebuah syarikat pertahanan yang pakar dalam pembangunan sistem dron pelbagai guna yang telah terbukti keberkesanannya di medan perang.
PMD menambah, melalui kerjasama tersebut Malaysia berpeluang untuk membangunkan dron buatan tempatan berasaskan platform teknologi yang telah terbukti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Selain itu, PMD turut mengukuhkan keupayaan pengawasan negara dengan menandatangani perjanjian strategik bersama HawkEye 360, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang terkemuka dalam sistem pemantauan berasaskan satelit.
Katanya, melalui kelulusan khas oleh Kerajaan AS, Malaysia kini diberi akses kepada teknologi itu yang sebelum ini hanya terhad kepada negara-negara sekutu.
“HawkEye 360 kini mengoperasikan sebanyak 36 satelit di orbit, menjadikannya antara sistem pemantauan ruang udara dan sempadan paling maju di dunia,” jelas PMD.
Dalam masa sama, PMD berkata pihaknya komited untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi pertahanan di Malaysia melalui kerjasama antarabangsa yang strategik, demi memperkukuh kedaulatan dan keselamatan negara.

#PM Defence Sdn Bhd
#teknologi dron
#LIMA 25
#Kementerian Pertahanan
#DASAL Havacilik Teknolojileri A S
#perjanjian pemindahan teknologi