NATIONAL
LIMA'25: Polis terima 27 laporan kerosakan kediaman penduduk

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya mengambil maklum dan tidak akan mengabaikan dakwaan kerosakan rumah penduduk yang dilaporkan berkaitan LIMA'25. - Gambar hiasan/Bernama
LANGKAWI: Sebanyak 27 laporan diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk kampung dipercayai akibat gegaran semasa pertunjukan udara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).
Ringkasan AI
- Sebanyak 27 laporan diterima berhubung kerosakan kediaman penduduk akibat gegaran semasa pertunjukan udara LIMA'25, dengan siasatan akan dilakukan sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan.
- Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengabaikan dakwaan tersebut dan akan meneliti kesan gegaran terhadap rumah penduduk.
- Sebanyak 9,000 parkir disediakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan 300 lagi di Resort World Langkawi bagi kemudahan pengunjung, dengan 35,000 tiket telah dijual untuk acara yang dibuka kepada orang awam esok.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Operasi Keselamatan dan Lalulintas sempena LIMA'25 di Pusat Latihan Polis Langkawi, di sini hari ini.
Pada masa sama, Fisol berharap laporan yang dibuat adalah sahih dan tiada pihak mengambil kesempatan atas insiden berkenaan.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya mengambil maklum dan tidak akan mengabaikan dakwaan kerosakan rumah penduduk yang dilaporkan berkaitan LIMA'25.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 9,000 parkir disediakan di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan 300 lagi di Resort World Langkawi, bagi kemudahan pengunjung ke LIMA'25 yang mula dibuka kepada orang awam, esok.
"Orang ramai yang hendak menyaksikan pertunjukan udara mahupun maritim esok dinasihatkan datang lebih awal bagi mendapatkan parkir. Saya juga difahamkan sebanyak 35,000 tiket dalam talian telah dijual dan saya rasa itu adalah jumlah yang besar," katanya.
Selain itu, Fisol turut menyarankan supaya orang ramai menggunakan perkhidmatan e-hailing rasmi LIMA'25 iaitu MyCar kerana lebih murah berbanding bergerak sendiri.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami