MALAYSIA
  
            LIMA25: Suami isteri, anggota TUDM mengaku tidak bersalah kemuka sebut harga palsu
Pegawai Kanan ATM, Shahrul Nizam Shaf’in (dua kanan), dan pemilik syarikat, Citra Angrini Alam Mappiase, (dua kiri), hadir ke mahkamah atas pertuduhan bersubahat dalam sebut harga bernilai RM24,200 bagi LIMA25. - Foto Bernama
            
      SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mengemukakan sebut harga palsu bernilai RM24,200 bagi pembekalan alatan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA25).
Ringkasan AI
Ketiga-tiga mereka iaitu Citra Angrini Alam Mappiase, 36, Shahrul Nizam Shaf'in, 51, dan Mohamad Amir Bakri Che Abdul, 32, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Tindakan itu didakwa mendorong pegawai berpangkat Mejar Jeneral berkenaan untuk meluluskan D Draxis Group Sdn Bhd, sebagai pembekal bagi perolehan membekal alatan sokongan untuk penugasan LIMA25.
Manakala, Shahrul Nizam yang juga Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Industri Pertahanan di Kementerian Pertahanan dan Mohamad Amir yang berpangkat Koperal dan bertugas di bahagian perolehan TUDM pula, didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Citra Angrini bagi pertuduhan serupa.
Pasangan Citra Angrini dan Shahrul Nizam didakwa melakukan kesalahan terbabit di sebuah premis di Kota Damansara, manakala Mohamad Amir di MPOU Subang, pada 13 Mei.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan terhadap Shahrul Nizam dan Mohamad Amir turut dibacakan mengikuti Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan kesemua mereka berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Alis Izzati Azurin Mohd Rusdi, manakala pasangan suami isteri tersebut diwakili peguam Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah. Mohamad Amir tidak diwakili peguam.
Alis Izzati mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bersama seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan dikenakan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Muhammad Nazreen bagaimanapun memohon jaminan serendah RM5,000 bagi anak guamnya, manakala ?Mohamad Amir merayu jaminan dikurangkan kepada RM3,000 kerana menanggung isteri dan seorang anak.
Datuk Mohd Nasir Nordin kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada Citra Angrini, serta RM7,000 masing-masing kepada Shahrul Nizam dan Mohamad Amir dengan seorang penjamin setiap seorang.
Mahkamah turut membenarkan syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan dan menetapkan 8 Dis ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
               
  Ringkasan AI
- Tiga individu termasuk pegawai TUDM dan pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan sebut harga palsu bernilai RM24,200 bagi pembekalan alatan untuk LIMA25.
- Kesalahan didakwa dilakukan pada 13 Mei 2025, melibatkan syarikat D Draxis Group Sdn Bhd; pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 417 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda.
- Mahkamah tetapkan jaminan RM8,000 kepada Citra Angrini dan RM7,000 kepada dua tertuduh lain, dengan syarat tambahan termasuk serah pasport dan melapor diri sebulan sekali; sebutan semula kes pada 8 Disember.