NATIONAL
LIMA’25: Tampilkan penyertaan tertinggi, fokus inovasi dan industri tempatan
Mohamed Khaled berkata, acara dwitahunan itu kali ini mengangkat tema ‘Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan’, dengan penekanan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan serta kerjasama strategik antarabangsa. - Gambar/ Astro AWANI
LANGKAWI: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang akan bermula esok hingga 24 Mei mencatat penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya, melibatkan 860 pempamer dari dalam dan luar negara.
Ringkasan AI
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, acara dwitahunan itu kali ini mengangkat tema ‘Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan’, dengan penekanan kepada pembangunan industri pertahanan tempatan serta kerjasama strategik antarabangsa.
“Penyertaan antarabangsa meningkat kepada 426 syarikat, berbanding 299 pada 2023.
“Syarikat tempatan pula melonjak kepada 434 berbanding 249 sebelum ini – jelas menunjukkan kesan positif dasar pembangunan industri pertahanan negara,” katanya dalam sidang media tinjauan persiapan akhir di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
LIMA 2025 turut menghimpunkan 46 negara dengan 140 delegasi rasmi termasuk menteri, ketua perkhidmatan tentera dan wakil industri global.
Antara tarikan utama ialah pertunjukan udara melibatkan 57 pesawat, termasuk pasukan aerobatik Russian Knights (Rusia) dan Jupiter (Indonesia), serta 43 aset udara statik dan 31 kapal maritim dari dalam dan luar negara.
Khaled turut memaklumkan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) akan dimeterai sepanjang acara, termasuk kerjasama dalam pembangunan satelit pertahanan, kecerdasan buatan, dan pusat kecemerlangan penerbangan.
Selain menjadi platform diplomasi dan pemasaran aset ketenteraan, LIMA juga membuka ruang kepada syarikat kecil dan sederhana (PKS) tempatan membina rangkaian dengan pemain antarabangsa.
Salah satu tumpuan ialah pelancaran kenderaan perisai 4x4 buatan tempatan dengan kandungan komponen lokal melebihi 50 peratus – menandakan langkah penting dalam penghasilan aset darat oleh negara sendiri.
“LIMA bukan sekadar pameran, tetapi medan strategik untuk pemindahan teknologi, pembinaan keupayaan, dan masa depan pertahanan Malaysia,” ujar Khaled.
Ringkasan AI
- LIMA 2025 mencatat rekod dengan 860 pempamer dari dalam dan luar negara, termasuk 426 syarikat antarabangsa dan 434 syarikat tempatan menunjukkan pertumbuhan pesat industri pertahanan Malaysia.
- Bertemakan *-Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan-*, acara ini menekankan pembangunan teknologi tempatan seperti kenderaan perisai 4x4 dan kerjasama dalam bidang satelit, AI, dan penerbangan.
- Dihadiri 140 delegasi rasmi dari 46 negara, LIMA 2025 menampilkan pertunjukan udara, kapal maritim, dan peluang pemindahan teknologi serta jaringan perniagaan untuk syarikat tempatan dan antarabangsa.