NATIONAL
LIMA'25: Trak bawa 25 anggota tentera kemalangan

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu melibatkan sebuah lori milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta empat kenderaan lain.
LANGKAWI: Seramai 25 anggota tentera dalam perjalanan bagi tugasan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’25) berdepan detik cemas apabila trak dinaiki terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran simpang tiga Jalan Teluk Baru dan Pantai Cenang, di sini, pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Sebuah trak milik TLDM yang membawa 25 anggota tentera ke Pameran LIMA25 terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Teluk BaruPantai Cenang, Langkawi, pada Jumaat sekitar jam 3 petang.
- Seramai 30 mangsa terlibat, dengan enam cedera termasuk seorang dalam kategori serius; dua petugas TLDM dihantar ke hospital manakala selebihnya menerima rawatan awal di bilik perubatan Segmen Maritim.
- TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat punca kejadian dan menasihatkan orang awam agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Darat Resort World menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
"Pasukan penyelamat memberikan bantuan awal kepada mangsa dan menyerahkan mereka kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya pada Jumaat.
Jelas Ahmad Aminuddin, operasi menyelamat ditamatkan sekitar jam 3.41 petang selepas keadaan terkawal.
Sementara itu, TLDM juga telah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan kejadian tersebut membabitkan sebuah trak tiga tan miliknya yang terlibat dalam kemalangan.
Menurutnya, trak itu membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA '25 telah hilang kawalan dan terbabas semasa dalam perjalanan balik setelah selesai mengerjakan Solat Jumaat dari Masjid Al Ehsan Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi.
“ Tiada kemalangan jiwa yang dialami dan kesemua 25 petugas yang terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk menerima rawatan awal. Manakala, dua petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan di kaki.
“TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami