awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
25/09/2021
22:59 MYT
Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Marvel mengambil langkah menyekat sebarang tuntutan yang dibuat oleh artis dan waris asal kepada watak-watak adiwira bagi melindungi hak ciptanya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Marvel Characters Inc pada Jumaat memfailkan saman sivil terhadap artis atau pencipta asal watak adiwira terkenal seperti Spider-Man, Doctor Strange dan Iron Man bagi melindungi hak pemilikan mereka.
Menurut portal NBC News, saman itu difailkan bagi menyekat sebarang tuntutan pada masa akan datang berkait dengan penciptaan watak-watak adiwira berkenaan.
"Marvel telah menuntut mahkamah persekutuan untuk menyekat artis (pencipta) yang tampil dengan watak-watak ikonik berkenaan, termasuk waris mereka.
"Saman sivil itu dibuat oleh Marvel Characters Inc di Daerah Selatan New York yang menuntut sebarang hasil kerja artis dan penulis (terkini) sebagai milik syarikat itu sepenuhnya dan bukannya pencipta asal atau waris mereka.
"Watak-watak berkenaan dicipta untuk Marvel tanpa ada faedah pemilikan," katanya.
Difahamkan, artis-artis dan waris asal yang mencipta watak-watak berkenaan telah memfailkan saman tindakan menerusi Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat bagi menamatkan kawalan Marvel terhadap penggunaan watak-watak adiwira berkenaan.
Dalam beberapa kes saman yang difailkan Marvel sebelum ini, peguamnya Daniel Petrocelli menegaskan bahawa mahkamah memihak kepada syarikat berkenaan.
Salah satunya adalah tuntutan hak cipta oleh Jack Kirby, individu yang bersama-sama melopori watak 'The X-Men', 'Thor' dan 'Iron Man'.
"Pewaris Kirby berusaha untuk menuntut kembali hak cipta milik mereka, tetapi mahkamah mendapati bahawa Marvel mempunyai hak dalam mengendalikan watak-watak berkenaan.
"Mereka melakukan tuntutan atau meletakkan 'sewaan' setelah watak-watak itu terkenal," lapor portal itu lagi.
Topic Berkaitan
#Marvel
#saman
#adiwira
#hak pemilikan
#pencipta asal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan