KUALA LUMPUR : Tindakan pihak penguatkuasa yang menahan warganegara ketika operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berkemungkinan kerana mereka didapati melindungi PATI dalam premis yang sama.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, tangkapan kebiasaannya dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diketuai Ketua Operasi bagi agensi tertentu.
“Jika seorang warganegara Malaysia ditangkap adalah kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)(D) Akta Imigresen 1999 iaitu melindungi PATI dan menggaji PATI yang membenarkan warga asing di premis sama.
“Sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan maka orang itu hendaklah ditangkap bagi tempoh 24 jam termasuk masa perjalanan dan keperluan penahanan untuk dibawa ke Majistret,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan pertanyaan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang membangkitkan isu warganegara Malaysia yang ditahan bersama PATI ketika operasi meskipun mempunyai kad pengenalan yang sah.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar turut memberitahu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga akan mempertimbangkan untuk memberi ganjaran terhadap mana-mana orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai penempatan PATI.
“JIM sentiasa beri pertimbangan dalam memberikan ganjaran kepada orang awam yang memberi maklumat mengenai PATI. Sebab itu kita galakkan orang awam untuk bekerjasama untuk pemberian maklumat.
“Pemberian ganjaran ini selaras dengan peruntukan sedia ada iaitu Ketua Pengarah boleh memberi imbuhan iaitu sebagai mana yang patut dibayar kepada mana-mana orang bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan berhubung dengan pengesanan,” jelasnya lagi.
Tegasnya, kerajaan sentiasa peka terhadap isu PATI terutamanya mereka yang bertapak di tanah kerajaan selain operadi bersepadu yang giat dijalankan agensi terlibat.
Hilmi Malik
Tue Jun 13 2023
Operasi tangkapan sentiasa dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan terhadap agensi terlibat. - Fail/Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
145 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah hari ini menahan sejumlah 145 pendatang tanpa izin dalam operasi di Kampung Lutut di sini.
11 warga Korea Selatan ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan pelayan wanita dengan bayaran antara RM300 hingga RM500 untuk tempoh tiga jam.
Imigresen tunggu laporan penuh siasatan EAIC untuk tindakan lanjut
JIM menunggu laporan penuh EAIC berhubung siasatan terhadap tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri daripada DISB.
Counter setting: 47 sindiket tumpas, 25,214 pengembara dikenakan NTL - Saifuddin Nasution
JIM juga memperketatkan pemeriksaan di kaunter pintu masuk ke negara dalam usaha membanteras kegiatan menyeludup warga asing ke Malaysia.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Imigresen tumpas sindiket pengemis jalanan OKU, tahan empat lelaki China
Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket pengemis jalanan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan penahanan empat warga China menerusi Op Serkap di sini pada Isnin dan semalam.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada musim cuti sekolah
Langkah diambil sebagai usaha mengatasi kesesakan pelanggan yang datang memohon atau membaharui pasport sempena musim cuti sekolah.