KUALA LUMPUR: Peratusan liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat di tahap 88.06 peratus, setakat suku ketiga tahun 2022.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini merupakan satu peningkatan berbanding 73.41 peratus sebelum Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pada suku kedua 2020.
Beliau berkata bagi meluaskan jaringan jalur lebar yang berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah, kerajaan telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit, yang pada asalnya dirancang untuk dilaksanakan pada 2023.
"Perancangan di bawah JENDELA Fasa 2 (2023-2025) berjaya disiapkan di bawah JENDELA Fasa 1 (2020-2022) pada tahun lalu. Keseluruhan 138 lokasi di Sabah telah siap dilaksanakan," katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjawab soalan Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu), mengenai perancangan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam memperbaiki jaringan jalur lebar di kawasan luar bandar Wilayah Sabah.
Fahmi berkata sebanyak 171,554 premis di Sabah, telah disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap, manakala baki sebanyak 79,611 lagi dalam peringkat pelaksanaan daripada sejumlah 251,165 yang dirancang.
Tambahnya daripada 4,123 yang dirancangkan, sebanyak 4,096 alat pemancar komunikasi telah siap dinaik taraf kepada teknologi 4G, manakala baki sebanyak 27 lagi dalam peringkat pelaksanaan.
"Kementerian juga telah menyiapkan 159 menara baharu dan dalam proses menyiapkan baki 455 menara daripada 614 menara yang dirancang. Semua inisiatif yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dijangka siap sepenuhnya suku keempat 2023.
"Kerajaan turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) yang mana sehingga 10 Feb, pelaksanaan PoP Fasa 1 di Sabah telah berjaya disempurnakan dengan penyediaan premis sebanyak 6,914, dengan dari jumlah tersebut 2,411 telah dilanggan oleh penduduk sekitarnya," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata untuk memperbaiki jaringan jalur lebar melalui penyediaan infrastruktur komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menjalankan pengukuran kualiti di lapangan berdasarkan aduan dan perancangan audit berkala, untuk seluruh negara.
Beliau berkata audit kualiti perkhidmatan berkenaan akan diteruskan pada 2023, dangan sasaran sebanyak 4,000 lokasi di seluruh negara termasuklah 225 lokasi untuk Sabah, bagi memastikan Standard Mandatori terus dipatuhi.
"Melalui Arahan Suruhanjaya ini, pemberi perkhidmatan wajib menambah baik kualiti perkhidmatan dengan mengoptimumkan atau menaik taraf menara sedia ada, agar kualiti pengalaman pengguna berada pada tahap yang baik. Ketidakpatuhan kepada Arahan Suruhanjaya boleh dikenakan penalti sivil sehingga RM200,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Fahmi ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.