awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan internet negara cecah 99.71 peratus setakat akhir 2025 - Fahmi

Bernama
Bernama
04/02/2026
12:12 MYT
Liputan internet negara cecah 99.71 peratus setakat akhir 2025 - Fahmi
Fahmi berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas akses Internet secara inklusif, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Liputan Internet dan komunikasi di kawasan berpenduduk di seluruh negara mencapai 99.71 peratus setakat 31 Dis 2025, berbanding 91.8 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pencapaian itu mencerminkan komitmen kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam memperluas akses Internet secara inklusif, khususnya di luar bandar dan kawasan pedalaman.
"Kerajaan amat memahami pentingnya akses Internet yang baik bukan hanya untuk pendidikan dan ekonomi, tetapi juga untuk memberikan peluang dan harapan kepada rakyat di seluruh negara, terutama di kawasan kampung, desa dan pedalaman.
"Kerajaan melalui MCMC kekal komited dalam usaha memperkukuh infrastruktur digital negara bagi memastikan akses yang lebih meluas dan inklusif dapat dinikmati oleh seluruh rakyat melalui pelaksanaan JENDELA," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian berkenaan.
Beliau berkata bagi kawasan pedalaman atau luar grid yang sukar dibangunkan infrastruktur darat dalam tempoh singkat, kementerian sedang menilai penyelesaian interim termasuk penggunaan teknologi satelit seperti Starlink.
Fahmi berkata kerajaan juga menggalakkan perkongsian infrastruktur rangkaian antara syarikat telekomunikasi bagi mempercepat peluasan liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
Beliau berkata MCMC turut mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi tertentu supaya menutup jurang antara liputan komposit sesuatu kawasan dengan tahap perkhidmatan sebenar yang diterima pengguna, selain mengenakan kompaun terhadap syarikat yang ingkar.
Berhubung aduan nelayan di Kuala Teriang, Langkawi yang kehilangan liputan apabila berada di laut, beliau berkata isu itu akan diteliti, termasuk kemungkinan gangguan isyarat dan had liputan menara sedia ada.
Fahmi turut mengakui masalah gangguan isyarat di kawasan sempadan seperti Rantau Panjang, yang sebahagiannya berpunca daripada limpahan isyarat negara jiran, dan perkara itu sedang diselaraskan melalui perbincangan dengan pihak berkuasa telekomunikasi negara terlibat.
Beliau berkata keutamaan juga diberikan kepada kawasan berisiko bencana bagi memastikan komunikasi tidak terputus ketika kecemasan, termasuk melalui langkah pengukuhan tapak pada menara telekomunikasi di kawasan mudah banjir.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan telah mengemukakan sebanyak 5,409 permohonan kepada penyedia platform digital bagi menurunkan kandungan berbentuk pemalsuan imej dan deepfake sejak 2022 hingga 15 Jan lepas, dengan 4,955 kandungan atau 92 peratus daripadanya berjaya diturunkan.
Bagi kandungan palsu pula, Fahmi berkata 59,967 permohonan dikemukakan dalam tempoh sama dengan 51,912 kandungan atau 87 peratus telah diturunkan.
Dalam tempoh 1 hingga 15 Jan 2026 sahaja, katanya dua permohonan penurunan kandungan sumbang di bawah Akta 866 turut dibuat dan kedua-duanya diturunkan.
"Dengan perkembangan pesat kandungan yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI), perkara ini telah mempercepat penciptaan dan penyebaran kandungan yang bersifat manipulatif serta meningkatkan potensi penyebaran maklumat yang boleh mengelirukan pengguna dan menggugat keharmonian awam.
"Semua tindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform dan undang-undang tempatan yang berkuat kuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#liputan internet
#akses internet
#luar bandar
#pedalaman
#Fahmi Fadzil
#MCMC
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan