awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Litar kawalan kuasa putus punca gangguan LRT

Bernama
Bernama
19/10/2020
08:06 MYT
Litar kawalan kuasa putus punca gangguan LRT
Menurut Prasarana, bekalan kuasa yang terputus seawal 4 pagi kembali pulih pada 8.33 pagi, dan perkhidmatan kembali normal pada jam 8.44 pagi.
KUALA LUMPUR:Gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang melibatkan Stesen Ampang ke Stesen Cahaya berpunca daripada litar kawalan kuasa yang terputus, sekali gus menghalang bekalan kuasa utama yang diperlukan untuk menggerakkan tren.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan bekalan kuasa yang terputus seawal 4 pagi kembali pulih pada 8.33 pagi, dan perkhidmatan kembali normal pada jam 8.44 pagi.
"Sepanjang gangguan perkhidmatan, kakitangan Rapid KL mengawal pergerakan dan membantu penumpang untuk mengelak kesesakan di platform dan stesen. Selain itu, pengumuman berterusan turut dibuat di dalam tren dan stesen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebanyak empat bas perantara percuma disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen Ampang ke Stesen Cahaya dan sebaliknya pada 7.15 pagi, bagi mengatasi situasi tersebut.
"Daripada Stesen Cahaya, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar atau destinasi mereka dengan menggunakan perkhidmatan "shuttle train" dari Stesen Cahaya ke Stesen Chan Sow Lin," katanya.
Menurut kenyataan itu penumpang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik, yang boleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Ampang/ Sri Petaling.
"Rapid KL kesal dengan insiden itu dan memohon maaf atas kesulitan yang telah berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#prasarana
#LRT
#Transit Aliran Ringan
#Stesen Ampang
#Stesen Cahaya
#litar kawalan kuasa terputus
#Rapid KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan