awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Litar lumba APDCrew mampu jadi 'jenama' baharu permotoran Selangor

Bernama
Bernama
31/12/2022
21:40 MYT
Litar lumba APDCrew mampu jadi 'jenama' baharu permotoran Selangor
Amirudin (tengah) berbual dengan pelumba drift Fazreen Ismail (kiri) selepas melancarkan Litar APDCrew di Pintu 2 MARDI. -Bernama
SERDANG: Litar lumba APDCrew di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, yang mula beroperasi secara rasmi pada Sabtu mampu diangkat sebagai 'jenama' baharu dalam sukan permotoran di Selangor.
Meninjau litar berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berpuas hati dengan aspek keselamatannya yang telah mendapat kelulusan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM).
"Kejayaan litar APDCrew dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan litar yang mudah diakses oleh orang awam sudah pasti memberi khabar baik untuk peminat sukan permotoran dalam negara.
"Saya yakin sukan permotoran antara industri yang mampu mengharumkan nama negara dan berpotensi memberi pulangan lumayan kepada penggiat sukan serta negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan litar berkenaan pada Sabtu.
Sebelum ini litar seumpamanya, iaitu Speed City Kuala Lumpur ditutup sejak 2015 menyebabkan penduduk sekitar Lembah Klang tidak mempunyai kawasan sesuai untuk aktiviti permotoran lasak.
Sementara itu, Pengarah Litar Lumba APDCrew Halmi Khalid berkata perancangan membina litar lumba berkenaan bermula pada Oktober lepas bersama pihak tertentu, antaranya MARDI.
"Kami memulakan rancangan ini pada awal Oktober dan persediaan fizikal bermula pada 1 Dis lepas dengan menjadikan litar APDCrew bukan sahaja untuk sukan 'drift', bahkan sesuai untuk acara permotoran lain seperti 'autocross', go-kart, kursus pemanduan dan aktiviti perhimpunan kelab kereta atau motosikal.
"Litar lumba ini dibuka secara rasmi hari ini dan siap sepenuhnya dari aspek keselamatan dengan mendapat kelulusan MAM.
"Namun, bagi fasiliti penonton seperti tandas, bumbung dan sebagainya hanya sekitar 75 peratus (setakat ini) dan akan dicantikkan lagi hingga awal tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Litar lumba APDCrew
#sukan permotoran
#Persatuan Permotoran Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan