Litar terpelantik, hampir 2 juta terputus bekalan elektrik di Sarawak

Astro Awani
Jun 27, 2013 15:43 MYT
Lebih 2 juta penduduk Sarawak terpaksa bergelap setelah bekalan elektrik terputus petang ini.
Bagaimanapun, bekalan elektrik di hampir seluruh kawasan bandaraya Kuching telah dipulihkan sepenuhnya setakat 10.45 malam tadi manakala beberapa kawasan kediaman di bandaraya Miri dan Bintulu dipulihkan secara berperingkat.
Kejadian bekalan elektrik terputus yang membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching itu, berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.
Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Ahadiah Zamhari berkata jurutera dan juruteknik SEB sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang turut menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar raya Kuching susulan lampu isyarat pincang tugas.
"Kami sedang melakukan sedaya upaya kami untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan SEB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya gangguan itu mungkin menjejaskan semua bahagian di Sarawak namun SEB belum dapat mengesahkannya setakat ini.
Bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bandar raya ini termasuk di Poh Kwong Park dan Matang telah dipulihkan pada pukul 6.30 petang tadi.
Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.15 malam.
Bernama dimaklumkan pengguna di Miri masih bergelap setakat 8.30 malam ini yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.
Gangguan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan aktiviti perniagaan tergendala.
Ramai juga menjadikan laman Twitter turut dijadikan medan untuk berbicara tentang bekalan elektrik terputus itu.
Berikut antara perbualan di Twitter:

@Eilah_Y the whole sarawak blackout. Don't know why...>___<

— Diyana (^0^)~♪ Musa (@diyana1990) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

: blackout at most places in Sarawak. Pray for them. Kamek sayang Sarawak.

— Charley K. (@CharleyKhaidzir) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

massive problem, a power supply generator suddenly exploded cause the whole sarawak blackout

— Akira khosasih (@kira_kho) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sarawak blackout hampir 4 jam ! Whole Sarawak sambut earth hour -..-

— ♡ Alexieandrew ♡ (@Alexiean) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Statewide blackout in Sarawak. Can't go home. Can't go hotel. Now what.

— leongjeevan (@leongjeevan) June 27, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#gangguan bekalan elektrik #Sarawak