KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan atas pertuduhan melakukan liwat dan seks oral terhadap anak perempuannya.
Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh yang berusia 45 tahun itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu sebuah rumah di Dungun antara 1 Disember 2020 hingga 30 Januari 2021.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 15 April 2021.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Nur Fazlizai Ali
Mon Dec 12 2022

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu sebuah rumah di Dungun antara 1 Disember 2020 hingga 30 Januari 2021. - Foto Astro AWANI

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Liwat dan lakukan seks luar tabii terhadap anak, lelaki dipenjara 8 tahun
Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan atas pertuduhan melakukan liwat dan seks oral terhadap anak perempuannya.

Lelaki dipenjara 32 tahun, 22 sebatan akibat rogol, liwat anak kandung
Tertutuh didakwa atas tiga pertuduhan merogol dan meliwat anak kandung yang berusia 15 tahun 1 bulan ketika kejadian.

Lelaki berdepan 105 pertuduhan rogol, liwat anak kandung
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh terhadap anak sulungnya di rumah mereka di Kuala Berang, Hulu Terengganu sepanjang tempoh 14 Ogos hingga 26 November lalu.