awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liwat remaja lelaki: Buruh dipenjara lapan tahun, dua sebatan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
06:38 MYT
Liwat remaja lelaki: Buruh dipenjara lapan tahun, dua sebatan
Che Wan Mohd (tengah) mengaku salah terhadap dua tuduhan amang seksual iaitu meliwat remaja. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan meliwat seorang remaja lelaki sebanyak dua kali pada September dan Oktober lalu.
Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Che Wan Mohd Fadil Che Wan Noh, 34, mengaku bersalah terhadap kedua-dua tuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berumur 15 tahun enam bulan, juga rakannya itu dengan meliwat mangsa pada jam 2 pagi, 26 September lalu.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama terhadap mangsa itu pada jam 3 pagi, 10 Oktober lalu.
Kedua-dua kesalahan dilakukan di bilik sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum itu, tertuduh merayu hukumannya diringankan, namun Abu Arsalnaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
“Perbuatan tertuduh ialah satu kesalahan serius kerana mangsa masih lagi bawah umur atau kanak-kanak dan tidak fahami kelakuan yang dibuat ke atasnya.
“Kanak-kanak sepatutnya dilindungi daripada perkara-perkara seperti ini.
"Jadi, saya mohon hukuman yang memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.
Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan serta mengarahkannya berkuat kuasa secara serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 14 Disember lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#liwat remaja lelaki
#buruh dipenjara dan sebat
#Mahkamah Sesyen Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan